KELAB UMNO MOSCOW

Print

AGM KELAB UMNO MOSCOW 2010

 
Tahniah buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menggembleng tenaga demi menjayakan majlis AGM KUMOSC 2010 pada 7 Mac 2010. Majlis yang diadakan di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli-ahli Kelab UMNO Moscow.


Majlis bermula dengan sesi pendaftaran pada sebelah pagi, dan diteruskan dengan ketibaan dif-dif kehormat.  AGM KUMOSC 2010 telah diserikan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Rusia, Dato' Mohamad Khalis Ali Hassan dan isteri beliau, serta beberapa tetamu kehormat yang lain. Dalam jam 12.00 tengahari, majlis bermula. Antara pengisian vital majlis pada hari itu adalah sesi ucapan manifesto oleh calon-calon yang bertanding untuk merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi KUMOSC sesi 2010-2012.

Turut mengisi majlis adalah sesi penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa KUMOSC sesi 2006-2008 dan sesi 2008-2010. Majlis penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Rusia. Dan disusuli pula dengan majlis pengundian dan sesi makan tengahari. Apa yang menariknya kali ini, makanan yang disajikan kali ini amat banyak dan cukup lazat sehingga mendapat pujian dari keseluruhan tetamu yang hadir.

Pada sebelah petang pula, majlis diteruskan dengan sesi mesyuarat agong KUMOSC. Antara intipati majlis adalah pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan sepanjang sesi 2008-2010. Sejurus itu, saudara Mohd Hazreen Abd Rashid mewakili keseluruhan ahli jawatankuasa KUMOSC 2008-2010 untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada jawatankuasa baru yang bakal dipilih.

Dan pada petang itu juga, keputusan pengundian diwartakan kepada umum. Berikut merupakan Ahli Majlis Tertinggi yang baru bagi sesi 2010-2012:


    * Pengerusi: Muhammad Akmal Bin Salleh
    * Timbalan Pengerusi: Muhammad Hadri Bin Abdul Majid
    * Naib Pengerusi 1: Winda Zulaiha Binti Shahabudin
    * Naib Pengerusi 2: Syed Mohd Esmat Hussaini Bin Syed Mohd Ridzuan
    * Naib Pengerusi 3: Syed Shazrin