SEKRETARIAT

Print

CADANGAN KPI UNTUK KELAB UMNO LUAR NEGARA

Cadangan KPI yang telah lama diperbincangkan oleh Saudara Mohd Izhar Moslim mantan Pengerusi Kelab UMNO Melbourne hari ini telah diusulkan sekali lagi kepada Sekretariat KULN.


Menurut Izhar, KPI ini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur sejauh mana tahap pencapaian setiap KULN. Ini adalah penting untuk menjaga kualiti kepimpinan dan keaktifan setiap ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara.

 


 


Katanya lagi, dengan penggunaan KPI ini juga, setiap ahli akan lebih meningkatkan lagi prestasi dan persaingan sihat antara kelab-kelab, dan Sekretariat KULN boleh menjadi pemantau indeks prestasi ini.

Saudara Izhar ingin mengajak semua Kelab-kelab UMNO Luar Negara untuk turut serta di dalam menjayakan sistem ini, Izhar juga ingin mendengar sebarang komen dan cadangan dari setiap ahli-ahli KULN di seluruh dunia agar sistem ini lebih menyeluruh dan memenuhi kehendak semasa.