KELAB UMNO LUAR NEGARA

 

KELAB UMNO PERANCIS

Print PDF

PROGRAM PERSEDIAAN PELAJAR KE PERANCIS BERJALAN DENGAN LANCAR


PWTC, 26 JULAI 2010 - Program 'Pre-Departure France' yang berlangsung pada 24 Julai 2010 baru-baru ini telah berjalan dengan lancar. Seramai 48 peserta yang bakal melanjutkan pelajaran ke Perancis telah mengambil bahagian.

Menurut urusetia program, para peserta telah mendaftarkan diri seawal 8 pagi lagi. Program yang bertempat di Bilik Perhentian, PWTC tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Dr. Norraesah Bt Haji Mohamad. Suasana di dalam bilik tersebut rancak dengan ucapan YBhg Dato' yang sesekali diselitkan dengan bahasa Perancis. Peserta juga menunjukkan minat dengan bertanyakan soalan di dalam bahasa Perancis.

 


Terdapat juga slot sesi soal jawab berkumpulan antara urusetia yang juga senior bersama peserta. Di sini peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai urusetia yang akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Fakharuddin Kamil, Pengerusi kelab UMNO Perancis merangkap Pengarah program berkata, program ini amat berjaya walaupun ini adalah kali pertama Kelab UMNO Perancis menganjurkan program seumpama ini. Fakharuddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua urusetia yang bersama-sama menjayakan program ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan respon baik sepanjang program.