SESI MEJA BULAT BERSAMA Y.B MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Pada 18 Julai 2010, bertempat di Lotte Hotel Seoul telah diadakan satu sesi meja bulat antara AJK Kelab UMNO Korea dengan Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sempena lawatan rasmi beliau ke Korea Selatan selama seminggu.
Menurut AJK KUK pertemuan ini adalah begitu bermakna buat mereka kerana sepanjang sesi pertemuan tersebut mereka dapat bertanyakan kepada YB Menteri sendiri tentang banyak isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara.
Dengan adanya sesi meja bulat ini, AJK kelab telah mendapat penjelasan tentang semua isu yang dibangkitkan dan insyallah dapat menyampaikan penerangan tersebut kepada semua ahli-ahli kelab.









