KELAB UMNO LUAR NEGARA

 

DALAM NEGARA

Print PDF

TITIAN MUHIBBAH MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN

 

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2010 - Program Titian Muhibbah yang bermula jam 9 pagi tadi telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri lebih 300 orang yang kebanyakannya terdiri daripada para pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Acara yang dianjurkan di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil ini turut melibatkan para pelajar Indonesia yang menuntut di Malaysia.


Sebanyak 5 acara sukan telah dipertandingkan antara pasukan pelajar dan pegawai Malaysia dan Indonesia iaitu bola jaring, bola tampar, tenis, futsal dan badminton.

 


Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek juga telah turun padang bermain futsal mewakili pasukan Malaysia menentang lawannya yang diketuai oleh Andi Mallarangeng, Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia yang mewakili Indonesia. Pasukan Malaysia juga dianggotai oleh AJK KULN serta kakitangan Majlis Sukan Negara. Kedua-dua pasukan bermain dengan penuh semangat kesukanan. Walau bagaimanapun kemenangan berpihak kepada pasukan Indonesia.

Seterusnya upacara menandatangani Plaque BG2010 oleh YB Pengerusi, Menteri Indonesia dan Pengerusi BG 2010 telah dilaksanakan sebagai pengenalan kepada BG2010.

Komposer dan penyanyi indie Malaysia, Yuna yang diumumkan sebagai Duta Bandung Gmes 2010 juga telah membuat persembahan istimewa bagi menghiburkan para hadirin.