PROGRAM TITIAN MUHIBAH MALAYSIA DAN INDONESIA

Sekretariat Bandung Games 2010 (BG 2010) akan mengadakan program sukan 'Titian Muhibah Malaysia dan Indonesia' pada 14 Julai 2010 bertempat di Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil. En. Che Azizuddin Che Ismail selaku Pengerusi Sekretariat BG 2010 berkata, program ini dianjurkan untuk memperkenalkan Bandung Games 2010 yang akan diadakan pada 8hb hingga 10hb Oktober ini.
Sebanyak 5 jenis sukan akan dipertandingkan pada hari tersebut iaitu Badminton, Tenis, Futsal, Bola Jaring dan Bola Tampar. Sekretariat Bandung Games mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli KULN berada di Malaysia serta para pelajar IPTA dan IPTS dalam negara. Orang ramai juga dijemput sama untuk memeriahkan lagi program ini.
Antara yang akan menghadiri program ini ialah Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara merangkap Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek, Duta Besar Indonesia ke Malaysia serta AJK Kelab UMNO Luar Negara. Turut didadakan pada hari tersebut ialah persembahan oleh Yuna selaku Duta Bandung Games 2010.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan lagi program ini, untuk keterangan lanjut mengenai TITIAN MUHIBAH MALAYSIA DAN INDONESIA, bolehlah menghubungi:
Sekretariat KULN di:
03-40446312
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
(emel)
http://www.facebook.com/sekretariat.kuln









