KELAB UMNO LUAR NEGARA

 

KELAB UMNO PEKANBARU

Print PDF

LAPORAN PERKHEMAHAN 

Tanggal 30 Jun yang lalu, Kelab UMNO Pekanbaru telah mengadakan perkhemahan di Air Terjun Lipat Kain, Kampar Kiri, Indonesia. Perkhemahan ini disertai oleh 20 orang mahasiswa Malaysia Pekanbaru di bawah bimbingan 5 orang ahli Mapala Suska Climbing Club (MPCC).

Tujuan kelab mengadakan perkhemahan ini adalah untuk menenangkan fikiran setelah selesai menduduki peperiksaan akhir. Selain itu juga untuk menguji ketahanan mental dan fizik peserta ketika berada di dalam hutan.

Para peserta berkumpul di universiti untuk menaiki bas pada jam 8.00 pagi. Pada jam 8.30 pagi pembimbing perkhemahan tiba di universiti. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Kami tiba di kaki gunung jam 2.00 petang.
Setelah tiba di kaki gunung, kami diarahkan untuk berjalan kaki untuk menuju ke tapak perkhemahan. Sepanjang perjalanan menuju ke tapak perkhemahan, ketahanan kami diuji iaitu dengan  memanjat gunung dan meredah sungai.

Sejam kemudian, tepat jam 3.00 petang kami tiba di tapak perkhemahan. Kami diarahkan pembimbing untuk mendirikan khemah. Kemudian kami diarahkan untuk membersihkan diri sebelum menyediakan makan tengahari.
Pada malam hari, kami mengadakan barbeque. Ayam bakar adalah juadah makan malam kami. Sekitar jam 10.00 malam, kami diajak pembimbing untuk memancing. Hasil yang agak lumayan, kami menangkap banyak ikan antaranya tilapia dan ikan haruan. Kami selesai memancing sekitar jam 2.00 pagi. Hasil tangkapan kami terus kami bakar kerana kelaparan setelah penat memancing.

Kami bertukar-tukar jadual bagi menjaga khemah. Bagi peserta yang menjaga, mereka diarahkan menjaga kawasan dengan terus menjaga unggun api.

Keesokan paginya, kami bersama-sama menjalani jungle tracking memanjat gunung. Acara penutup kami adalah mandi air tejun beramai-ramai sebelum pulang ke Pekanbaru. Kami berharap agar program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa yang akan datang.