PERSEDIAAN PROGRAM 'PRE-DEPARTURE'

Sekretariat telah dikunjungi oleh 10 pelajar dari Kelab UMNO Dublin dan Manchester. Kedatangan mereka adalah untuk membincangkan persediaan program 'Pre-Departure' yang akan diadakan pada 7 Ogos 2010 bertempat di PWTC.
Kejayaan program yang turut dianjurkan pada tahun lepas memberi semangat kepada mereka untuk membantu para pelajar baru yang akan ke UK dan Ireland tidak lama lagi. Persediaan tersebut adalah merangkumi segala aspek dari segi emosi, mental, fizikal bagi menghadapai segala cabaran mahupun halangan yang bakal dihadapai para pelajar di UK dan Ireland kelak.
Selain itu, ia juga turut membuka ruang kepada pelajar-pelajar yang akan ke UK dan Ireland untuk membina satu jalinan perhubungan sesama mereka serta memberi peluang berkenalan dan meminta pendapat dengan pelajar-pelajar yang lebih senior.
Semoga usaha dan kesungguhan urusetia dalam penganjuran 'Pre-Departure' pada tahun ini akan berjalan lancar dan dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Selamat Maju Jaya!









