KELAB UMNO LUAR NEGARA

 

SEKRETARIAT

Print PDF

MESYUARAT AJK SEMALAM BERJALAN LANCAR

 
 

PWTC, SELASA 6 JULAI - Mesyuarat AJK yang berlangsung malam semalam di Bilik Kedah Johor, PWTC berjalan lancar dan dikatakan yang paling ramai dihadiri kata Pengerusi KULN, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek.


Beliau turut menyifatkan mesyuarat malam semalam lebih menyeluruh dengan kehadiran 3 wakil pelajar dari Kelab UMNO London, France dan Ireland. Seramai 40 orang ulamak juga turut dijemput bagi menjayakan misi KULN.

Awang Mohd Ridhwan, Wakil dari Kelab UMNO Ireland berkata mesyuarat seperti ini dapat membuka minda beliau sebagai seorang pelajar, beliau juga kini lebih memahami misi murni KULN untuk merapatkan lagi ukhuwah antara pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.

 

Mesyuarat tersebut juga memberikan buah pendapat yang mana setiap aktiviti yang akan dijalankan haruslah lebih bersifat ilmiah dan memberi faedah jangka panjang, selain itu YB Dato' Ahmad Shabey Cheek juga menasihati semua KULN di seluruh dunia supaya lebih berdikari dan tidak bergantung dana dari Sekretariat KULN ataupun dari UMNO.

Mesyuarat bersurai sekitar jam 11.45 malam.