SIJIL PENGHARGAAN UNTUK SEMUA AJK KELAB-KELAB UMNO LUAR NEGARA
Sekretariat KULN ingin mengumumkan kepada semua Jawatankuasa Kelab-kelab UMNO Luar Negara bahawa sijil-sijil penghargaan akan diberikan kepada mereka yang telah tamat tempoh pegangan jawatan.
Pengerusi KULN, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek berkata, sijil ini adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab sepanjang menjalankan tugas menjaga kelab masing-masing, disamping menaikkan nama Kelab UMNO Luar Negara di seluruh negara.
Sijil-sijil akan diberikan kepada barisan kepimpinan setiap cawangan, sehubungan itu, setiap kelab UMNO Luar Negara bolehlah memberikan nama Ahli-ahli Jawatankuasa mereka untuk dicetak pada sijil.









