KELAB UMNO LUAR NEGARA

 

SEKRETARIAT

Print PDF

MESYUARAT PERSEDIAAN BANDUNG GAMES 2010

 
PWTC 1 MAC 2010 - Sebuah mesyuarat persediaan untuk Bandung Games 2010 telah diadakan pada malam semalam bertempat di pejabat Sekretariat KULN.

Mesyuarat kecil tersebut telah dihadiri oleh wakil pelajar dari Kelab-kelab UMNO Indonesia dan juga mereka yang terlibat sama di dalam penganjuran program ini.

Turut serta pada mesyuarat tersebut ialah Pengerusi Program yang juga AJK KULN, En. Che. Azizuddin Che Ismail dan juga Setiausaha KULN, En Shariff Hamid. Mesyarat tersebut menyentuh mengenai isu yang melibatkan penginapan urusetia dan pelajar, serta pengumpulan dana.

Mesyuarat malam tadi juga mencadangkan agar dana untuk program ini dikumpul melalui inisiatif ahli-ahli Kelab UMNO Indonesia seperti penganjuran program dan penyewaan booth-booth semasa program nanti.

Ada juga yang mencadangkan agar penyertaan program ini tidak bertumpu kepada ahli Kelab UMNO sahaja, ia akan dibuka kepada semua penduduk Malaysia dan warga tempatan di sana.
 
Mesyuarat bersurai pada 11.30 malam.