LEBIH 300 PELAJAR IKUTI KURSUS MOTIVASI SPM TERBESAR PUTRAJAYA – KELOLAAN PELAJAR UK, USA, AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND

PUTRAJAYA – Lebih 300 pelajar dari tujuh sekolah di sekitar Putrajaya yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan mengikuti Kursus Motivasi Putrajaya 2010 anjuran Biro IT dan Latihan UMNO Putrajaya bagi mengisi tumpuan Pendidikan di bawah Program Juara Rakyat Bahagian.
Mengikut Timbalan Pengerusi Biro IT UMNO Putrajaya, Wan Shahinur Izran Dato’ Mohd Salleh; program selama satu hari setengah ini yang bermula Sabtu ini (6hb Februari 2010) bertempat di Sekolah Menengah Presint 16; melibatkan penyertaan tenaga pengajar, pakar motivasi serta para pelajar dari luar negara dengan dibantu Biro IT serta Pegerakan Pemuda Putrajaya.
Katanya, program yang turut dijayakan bersama Kelab UMNO Luar Negara serta Yayasan Pelajaran MARA ini akan dikendalikan oleh seramai 50 tenaga fasilitator terdiri guru-guru Sekolah Menengah sekitar Putrajaya serta para pelajar tajaan pelbagai agensi dari luar negara khususnya dari UK, New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat.
Sementara itu, Pengarah Program, Shazana Mohd Daud memberitahu kursus berkenaan akan dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato’ Idris Haron yang juga AJK Biro Hal Ehwal Pelajar Luar Negara serta Lembaga Pengarah YPM. Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Dato’ Khairuddin Samad turut menyampaikan kata aluan sebagai tuan rumah mewakili majlis ialah Timbalan Ketua Bahagian
Katanya, beberapa pakar motivasi termasuk Dr Asyraf Wajdi Dato’ Hj Dusuki iaitu Ketua Hal Ehwal Penyelidikan ISRA turut memberikan suntikan motivasi serta bimbingan kepada para peserta.









