KEM MOTIVASI SPM 2010

BPN UMNO Australia - New Zealand bersama-sama UMNO Bahagian Putrajaya akan menganjurkan Kem Motivasi SPM 2010. Dijangka seramai 300 peserta tingkatan 5 dari lima buah sekolah di Putrajaya akan menyertai program ini yang bertempat di SMK Putrajaya Presint 16(1).
Program tersebut akan bermula pada 6 hingga 7 Februari ini, turut hadir bagi UMNO Bahagian Putrajaya ialah Timbalan Ketua Bahagian Dato' Khairudin Samad, Ketua Pemuda Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Timbalan Pengerusi Biro Latihan & Media Wan Izran Salleh. Turut hadir pada program ini ialah AJK KElab UMNO Luar Negara & Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Dato' Hj. Idris Haron.
Sepanjang program ini, semua peserta akan diisi dengan ceramah motivasi kecemerlangan diri serta beberapa aktiviti berkumpulan yang bermanfaat.









