KELAB UMNO LUAR NEGARA

 

KELAB UMNO PEKANBARU

Print PDF

 LAWATAN KE PADANG

Pada 30 Disember 2009 yang lalu, Kelab Umno Luar Negara Cawangan Pekanbaru (KULN-CPB) telah mengadakan lawatan ke Padang, Sumatera Barat. Lawatan ini diadakan selama tiga hari yaitu sehingga tanggal 1 Januari 2010.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama mahasiswa/wi Malaysia di Padang dan Pekanbaru, disamping bertukar pikiran dan pandangan antara mereka. Sambutan tahun baru 2010 telah kami raikan bersama mahasiswa/wi malaysia padang.

Di samping itu, kami juga telah melawat ke tempat-tempat yang teruk dilanda bencana gempa bumi, yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Kelihatan tempat-tempat yang terkena gempa bumi itu masih belum diperbaik seperti rumah-rumah penduduk setempat, pusat membeli belah, hotel-hotel, pejabat-pejabat dan lain-lain lagi. Di kesempatan ini, kelab umno telah memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada penduduk setempat bagi mengurangkan beban mereka. Pepatah berkata “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing”.

Selain dari itu, kami juga telah membawa mahasiswa/wi Pekanbaru berjalan-jalan di Padang bagi memeriahkan lagi lawatan ini.

Alhamdulillah lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan kami mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak, baik dari mahasiswa/wi Pekanbaru juga mahasiswa/wi Padang. Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak-pihak yang telah membantu baik secara langsung dan tidak langsung. Atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.