10 IDEA UTAMA RMKe-10

YAB DATUK Seri Najib Razak buat kali pertama di Dewan Rakyat semalam, membentangkan pelan pembangunan lima tahun negara yang bakal menjadi asas dan teras memperkukuhkan pacuan mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Berbekalkan peruntukan RM230 bilion untuk membiayai pembangunan bagi tempoh 2011-2015, Perdana Menteri mahu usaha ditumpukan kepada pelaksanaan transformasi jentera pentadbiran awam, mewujudkan suasana kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi, memacu ke arah pembangunan sosio ekonomi secara inklusif, pembangunan modal insan bertaraf dunia, serta membina kehidupan rakyat yang berkualiti.